UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Presiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.<br /><br />Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata senarai calon termasuk yang akan bertanding di kerusi Parlimen Jeli itu melibatkan 45 DUN dan 14 Parlimen di Kelantan.